MENGGAMBAR
DEFINISI MENGGAMBAR
•Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
•Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
•Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
•Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
•Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi
•Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek
ALAT , MEDIA DAN TEKNIK
Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.
Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.
TUJUAN MENGGAMBAR
• Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
dan membuat gambar
• Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
• Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.
(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman
• Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari
• Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.
• Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi
(b) Aras Aplikasi dan Analisa
• Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan
• Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan
perasaan gembira
• Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif
(c) Aras Sintesis dan Penilaian
• Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak isukai
• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
• Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna
• Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan
• Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif
KEGIATAN DALAM BIDANG MENGGAMBAR
LUKISAN
PENGENALAN LUKISAN
1. Lukisan dalam bahasa inggeris di sebut drawing ia adalah peringkat awal untuk menghasilkan catan.Melukis dikatakan memberi kesan keindividuan dan memberi kesan keaslian pada karya. Lukisan juga dijadikan medium untuk meluahkan pendapat dan perasaan.
DEFINISI LUKISAN·
Lukisan adalah karya yang dihasilkan daripada garisan yang membentuk imej menggunakan media kering yang biasanya dihasilkan secara spontan serta menggunakan campuran warna yang terhad.
TEKNIK-TEKNIK LUKISAN·
Teknik pointilisme – Membuat titik-titik ke atas kertas atau kanvas untuk mendapatkan imej. Ketebalan tititk dapat menghasilkan ton.
Teknik gosokan – Menggosok media dia atas permukaan bagi menghasilkan ton dan membentuk imej.
Teknik hatching- Melorek-lorek media ke atas kertas atau kanvas untuk mendapatkan imej dan ton.
Teknik cross hatching- Melorek secara bersilang bagi menghasilkan ton.
MEDIA LUKISAN DAN CIRI-CIRINYA
PENSEL-
Mempunyai kepekatan yang berbeza kandungan kuantitit campuran arang yang dicampur ke dalamnya.-Semakin tinggi nilai nombor semakin gelap kepekatan dakwat pensil.-Pensil yang keras ditandakan dengan nilai ‘H’ dan pensel yang lembut ditandakan dengan nilai ‘ B’.
PENSEL WARNA-Mempunyai pelbagai warna pilihan.-Boleh digosok untuk mencampurkan warna.-Jika pensil warna ditekan semasa mewarna , warna yang terang dan legap akan terhasil
PEN-Terdapat beberapa jenis pen seperti pen celup (mapping pen), pen manuskrip, pen mata bola dan pen teknikal.-Memberi kesan tajam dan kemas.-Ketebalan saiz mata menentukan ketebalan saiz garisan semasa melukis.
CHArCOAL-Bahan yang lazim digunakan oleh pelukis-pelukis agung semasa abad ke-18.-Memberi kesan hitam dan legap.-Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor.-Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.
SOFT PASTEL-Mempunyai pelbagai warna.-Kesan yang lebut jika ia digunakan sedikit dan member kesan yang terang jika banyak digunakan.-Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agar tidak nampak kotor.-Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.
OIL PASTEL-Mempunyai pelbagai warna.-Kesan yang tebal.- Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan menggunakan arang agarMemerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak bertaburan.
CATAN
DEFINISI CATAN-
Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu di atas permukaan.- Komponen alat dan media yang digunakan ialah seperti cat air, cat minyak, cat akrilik, cat gouce, cat fresko, minyak linsip, turpentin, kertas, kanvas dan berus.
SEJARAH CATAN
Seni catan bermula pada zaman Yunani purba lagi. Pada masa itu media yang digunakan ialah fresco dan mozek. Ia dapat dilihat di dinding-dinding bengunan terutamanya gereja. Subjek matter pada ketika itu ialah sesuatu yang berkaitan dengan istiadat dan agama. Contoh-contoh pelukis terkenal pada masa itu ialah polygnotos, Zeuxis, Apelles.o Zaman kemuncak lukisan seni di Eropah adalah pada zaman Renaisance atau zaman pembaharuan pada abad ke-14 hingga abad ke-16. Pada masa itu media yang digunakan ialah fresco, cat tempera, cat minyak, cat air. Subjek matter yang digunakan ialah kitab suci agama kristian, potret dan peperangan. Gaya catan pada ketika itu bersifat realistik. Pelukis pada ketika itu ialah Leonardo da Vinci dan Albrecht Durer.o Pada abad ke17 dan 18, munculnya stail kesenian Barok (Baroque) dan Rococo yang mengutamakan sifat indah dan riang. Media yang digunakan ialah fresko dan cat minyak. Subjek matter yang digunakan ialah alam benda, pemandangan dan potret. Gaya catan bersifat realistik dan dekoratif.. Contoh-contohnya pelukis ialah Hermenz van Rijin Rembrant (Belanda 1606-1669), Jean Antoine Watteau (Perancis 1684-1721)o Pada abad ke-19 dan 20, muncul aliran catan baru gaya semi abstrak dan abstrak. Media yang digunakan ialah cat enamel, cat aluminium dan cat campuran. Subjek matter yang digunakan ialah alam benda, pemandangan atau landskap, kegiatan manusia, objek yang tidak ada kaitan di dalam satu situasi yang tidak dijangka.